Thursday 26 January 2012

Mahasiswa Atau Sistem Yg Tidak Matang?

Pada pandangan aku, bukan mahasiswa itu tidak matang. Tetapi mereka tidak cukup berpengalaman dan ilmu utk melibatkan diri dalam agenda yg lebih besar; politik. Bagi aku apa yg mahasiswa mahu sekarang, bukan kebebasan utk menyertai parti politik, tapi kebebasan utk menyuarakan pendapat tanpa perlu risau tentang kesan sampingan (digantung, dibuang, peluang pekerjaan dihadkan etc.).

Apa yg menyebabkan perkara ini berlaku? Sistem pendidikan yg kita sedang guna? Mungkin. Kerana sesebuah masyarakat itu dibentuk oleh sistem pendidikan.Walaupun tidak memasuki universiti, majoriti rakyat Malaysia berpeluang utk ke sekolah (termasuk golongan termiskin). Walaupun ramai yg tidak bersetuju, sekurang-kurangnya mereka dapat merasa belajar di sekolah, biarpun utk jangka masa yg pendek. Jadi tidak banyak sedikit, ia akan memberikan kesan kepada cara mereka berfikir. Atau...tidak.

Sistem pembelajaran kita telah menjadi lapok kerana tidak mengikut peredaran zaman. Sistem pendidikan sekarang adalah direka utk memenuhi kehendak zaman gen x. Hanya sedikit perubahan yg dapat dilihat. Kita masih lagi belajar utk keputusan cemerlang, tidak utk pemahaman cemerlang. Budak sekolah perlu digalakkan berfikir dan memahami pelajaran agar dapat manfaat. Bagi mereka yg menghafal, tiada apa yg akan diperolehi selain keputusan peperiksaan yg cemerlang.

Satu-satu cara untuk melihat keberkesanan sistem pendidikan kita adalah melihat interaksi dua hala dalam kelas. Berapa ramai pelajar (mahasiswa) yg berani mengutarakan pendapat di dalam kelas? berapa ramai yg langsung tidak terfikir (tidak mempunyai idea) utk melibatkan diri dalam perbincangan dalam kelas.

Mahasiswa yg diam di dalam kelas akan menjadi pekerja yg tidak akan melawan ketua di tempat kerja (biarpun apa yg dilakukan ketua itu salah). Perkara ini dirasakan amat berguna bagi mereka yg memegang jawatan tinggi. Jadi tidak ada apa-apa langkah diambil utk menyelesaikan masalah ini. Kini anak-anak kita diwajibkan utk mengikuti program khidmat negara. Program ini dilihat akan lebih menyekat kemampuan golongan muda utk berfikir. 

Bagi aku, lebih banyak benda diajar, lebih 'sempit' pemikiran seseorang itu. Sempit di sini bermaksud cara berfikiran telah di tetapkan. Tiada lagi ruang berfikir utk menyelesaikan masalah melainkan dengan apa yg telah dipelajari. Inilah sempit yg aku maksudkan. 

Di negara seperti Amerika , golongan rebel selalunya akan mengeluarkan idea yg sebenar-benarnya di luar kotak. Terdapat banyak contoh, salah satunya adalah Steve Jobs. Apa yg menjadi faktor kejayaan Steve adalah beliau mempunyai resources. Resources yg membezakan rebel Amerika dan Malaysia. Rebel Malaysia menjadi rempit kerana resources terhad, manakala rebel Amerika dapat mencipta dan berinovasi.

No comments:

Post a Comment