Sebelum bermula, biar aku jelaskan pandangan aku. Bagi aku tudung itu wajib dipakai oleh kaum wanita di hadapan lelaki bukan mahram. Tetapi memakai purdah itu terpulang kepada wanita untuk memilih. Aku bukan pakar agama. Semua pandangan diberi adalah berdasarkan jawapan yg diterima daripada yg lebih arif.
Aku terasa untuk menulis entry ini sebagai respons kepada beberapa peenulis dan blogger terkenal yg pandai atau memandai memberi hukum dalam isu pemakaian tudung. Rata-rata bloggers tersebut menggunakan al-Quran sahaja sebagai rujukan dalam memberikan pandangan. Mereka langsung mengenepikan hadith. Dan tidak pula meminta pandangan daripada yg lebih arif.
Namun dalam Islam, selain daripada al-Quran, Sunnah juga merupakan sumber rujukan utama. Kebanyakan kandungan al-Quran memberi panduan secara general. Hadith Rasul adalah penerangan yg lebih terperinci dari segi praktikal. Selain daripada itu, ayat-ayat al-Quran yg bersifat general dibincangkan secara terperinci oleh ulama-ulama besar. Dalam isu pamakaian tudung, nas-nas Islam yang difahami oleh majoriti umat sejak dahulu sehingga
sekarang menyuruh wanita muslimah agar tidak mendedah tubuh mereka
melainkan wajah dan kedua tangannya.
Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu’
katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh
badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Pandangan ini dipersetujui oleh imam-imam besar termasuk imam 4 mazhab yg besar; Imam
al-Syafi`i, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad.
Bagi yg menganggap memakai tudung itu tidak wajib, aku ada jawapan dlm bentuk soalan. Mengapa ketika solat, wanita menutup rambut (bertelekung)? Ye la, dah syarat sah solat tutup aurat...? adakah rambut termasuk kategori aurat hanya waktu solat?
Lagi satu.
Mengapa tidak ada yg free hair semasa di tempat seperti Makkah atau Madinah? jika rambut itu bukan aurat, apa salahnya?....kan
Lagi satu.
Mengapa tidak ada yg free hair semasa di tempat seperti Makkah atau Madinah? jika rambut itu bukan aurat, apa salahnya?....kan