Friday 27 January 2012

Memakai Tudung itu Wajib?


Memakai tudung itu adalah wajib? tidak wajib? terdapat pelbagai pandangan dalam isu ini.

Sebelum bermula, biar aku jelaskan pandangan aku. Bagi aku tudung itu wajib dipakai oleh kaum wanita di hadapan lelaki bukan mahram. Tetapi memakai purdah itu terpulang kepada wanita untuk memilih. Aku bukan pakar agama. Semua pandangan diberi adalah berdasarkan jawapan yg diterima daripada yg lebih arif.

Aku terasa untuk menulis entry ini sebagai respons kepada beberapa peenulis dan blogger terkenal yg pandai atau memandai memberi hukum dalam isu pemakaian tudung. Rata-rata bloggers tersebut menggunakan al-Quran sahaja sebagai rujukan dalam memberikan pandangan. Mereka langsung mengenepikan hadith. Dan tidak pula meminta pandangan daripada yg lebih arif.

Namun dalam Islam, selain daripada al-Quran, Sunnah juga merupakan sumber rujukan utama. Kebanyakan kandungan al-Quran memberi panduan secara general. Hadith Rasul adalah penerangan yg lebih terperinci dari segi praktikal. Selain daripada itu, ayat-ayat al-Quran yg bersifat general dibincangkan secara terperinci oleh ulama-ulama besar. Dalam isu pamakaian tudung, nas-nas Islam yang difahami oleh majoriti umat sejak dahulu sehingga sekarang menyuruh wanita muslimah agar tidak mendedah tubuh mereka melainkan wajah dan kedua tangannya. 

Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Pandangan ini dipersetujui oleh imam-imam besar termasuk imam 4 mazhab yg besar; Imam al-Syafi`i, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad.

Bagi yg menganggap memakai tudung itu tidak wajib, aku ada jawapan dlm bentuk soalan. Mengapa ketika solat, wanita menutup rambut (bertelekung)? Ye la, dah syarat sah solat tutup aurat...? adakah rambut termasuk kategori aurat hanya waktu solat?

Lagi satu.

Mengapa tidak ada yg free hair semasa di tempat seperti Makkah atau Madinah? jika rambut itu bukan aurat, apa salahnya?....kan

Thursday 26 January 2012

Mahasiswa Atau Sistem Yg Tidak Matang?

Pada pandangan aku, bukan mahasiswa itu tidak matang. Tetapi mereka tidak cukup berpengalaman dan ilmu utk melibatkan diri dalam agenda yg lebih besar; politik. Bagi aku apa yg mahasiswa mahu sekarang, bukan kebebasan utk menyertai parti politik, tapi kebebasan utk menyuarakan pendapat tanpa perlu risau tentang kesan sampingan (digantung, dibuang, peluang pekerjaan dihadkan etc.).

Apa yg menyebabkan perkara ini berlaku? Sistem pendidikan yg kita sedang guna? Mungkin. Kerana sesebuah masyarakat itu dibentuk oleh sistem pendidikan.Walaupun tidak memasuki universiti, majoriti rakyat Malaysia berpeluang utk ke sekolah (termasuk golongan termiskin). Walaupun ramai yg tidak bersetuju, sekurang-kurangnya mereka dapat merasa belajar di sekolah, biarpun utk jangka masa yg pendek. Jadi tidak banyak sedikit, ia akan memberikan kesan kepada cara mereka berfikir. Atau...tidak.

Sistem pembelajaran kita telah menjadi lapok kerana tidak mengikut peredaran zaman. Sistem pendidikan sekarang adalah direka utk memenuhi kehendak zaman gen x. Hanya sedikit perubahan yg dapat dilihat. Kita masih lagi belajar utk keputusan cemerlang, tidak utk pemahaman cemerlang. Budak sekolah perlu digalakkan berfikir dan memahami pelajaran agar dapat manfaat. Bagi mereka yg menghafal, tiada apa yg akan diperolehi selain keputusan peperiksaan yg cemerlang.